Saturday, March 26, 2011

Kuasa Allah

Good catch.
Location; tanjung gemok
Time;9.15 pm

aku didalam aku

mata aku rosak,semalam pergi jumpe doc. mata hitam aku lost function.

panduan photografi

Salam kawan2 semua.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit soalan-soalan asas yang perlu ditanya ketika kita merakam dan menilai gambar-gambar fotografi jalanan yang baik.

Topik 1: PENCERITAAN

1. Adakah gambar yang kita rakam menunjukkan manusia sedang berinteraksi sesama manusia atau dengan persekitarannya?

Soalan pertama ini berkait rapat dengan definisi dan tujuan fotografi jalanan. 

Definisi fotografi jalanan ialah dokumentasi visual secara spontan tentang aktiviti kehidupan seharian manusia dan persekitarannya. 

Tujuan dokumentasi adalah untuk menjadikan gambar-gambar kita sebagai bahan rujukan supaya kita dan generasi akan datang dapat melihat, memikirkan dan membincangkan nilai-nilai kehidupan masyarakat masa kini.

Perkataan yang penting dalam konteks ini adalah aktiviti. Dan cara yang menarik untuk mempamerkan aktiviti kehidupan seharian manusia ialah dengan merakam senario manusia sedang berinteraksi atau melakukan sesuatu. Sebagai bahan rujukan dan kajian juga, penceritaan begini lebih berkesan berbanding gambar yang menunjukkan manusia dalam keadaan kaku.

Lagi pula, sudah menjadi lumrah manusia suka melihat dan mengetahui bagaimana manusia lain berinteraksi sesama mereka dan persekitarannya.

2. Adakah kita berjaya merakam 'decisive moment' dalam penceritaan kita?

Soalan kedua ini adalah tentang kemahiran kita sebagai seorang fotografer jalanan.

'Decisive moment' bermaksud merakam sesuatu cerita pada kemuncaknya. Ungkapan 'decisive moment' ini dipopularkan oleh Henri cartier-Bresson, seorang fotografer jalanan tersohor di abad lepas. Menurut beliau, semua cerita ada kemuncaknya. Dan apabila rakaman dibuat pada saat itu, kita telah berjaya merangkumkan keseluruhan cerita yang ingin kita sampaikan pada sekeping gambar sahaja - apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Jadi, sebagai seorang fotografer jalanan, kita mestilah peka dan bijak meramal apa yang akan berlaku dan merakamkan 'decisive moment' ini dengan tepat.

3. Adakah gambar yang kita rakam memaparkan dengan jelas apa yang kita ingin sampaikan?

Soalan terakhir ini kebiasaannya yang menjadi masalah utama kepada kita semua. 

Seringkali kita menganggap sesiapa yang melihat gambar kita akan faham cerita yang kita cuba sampaikan. Ini kerana kita memikirkan apabila kita faham, orang lain pun akan faham juga. Tetapi harus diingat, orang lain itu tidak ada 
bersama kita ketika rakaman dibuat.

Senang saja untuk mengetahui samada orang faham atau tidak. Tunjukkan gambar kita kepada ahli keluarga atau rakan-rakan kita tanpa memberitahu apa-apa tentang gambar itu, dan tanya samada mereka faham atau tidak apa yang kita cuba sampaikan.

Saya selalunya bertanya kepada isteri dan anak-anak saya sebab mereka yang paling hampir dengan saya.

Mungkin ada juga yang berfikiran, "Peduli apa orang lain faham ke tidak gambar aku... suka hati akulah!" Hmmm susahlah begitu. 

Apabila kita mempamerkan gambar yang kita rakam kepada umum, ianya bermakna yang kita ingin berkongsi hasil karya kita dengan mereka . Jika kita tidak memikirkan tentang kefahaman mereka, bagaimana mungkin mereka boleh menghayati hasil karya kita dengan mudah.

Sekian sahaja buat masa ini dan Insya'Allah berjumpa ditopik seterusnya: SUBJEK.

Terimakasih. Chemat


dari abg chemat

Thursday, March 24, 2011

to the moon

                                    Arsene Wenger. The Boss.
aku admire gila kat die. i love him as a person. walaupun sekarang arsenal baru sahaja kehilangan 3 cup in 3 weeks aku tetap akan terus percaya dan sokong proff. biar pun ramai fans arsenal sendiri mahu mengutuk atau meminta beliau supaya resign,tapi tidak pada aku. aku akan defend proff ini any given situation.

                                      IN ARSENE WE TRUST

conceptual

                           way to hell

aku dan sesuatu.

Monday, March 21, 2011

aku didalam aku

kadang-kadang kita terdetik menyalahkan tuhan diatas perkara-perkara yang menimpa.baik dari segi masalah kerja,kawan mahunpun dalam mencari pasangan.itulah syaitan yang sering berbisik kepada hati supaya bersangka demikian. itu lah kehidupan,itulah sebab dijadikan syurga neraka.

nak cari kawan yang betul2 kawan memang susah,nak cari awek betul2 awek lagi la susah.mungkin disebabkan pemikiran aku yang berhaluan kiri ini menyukarkan semua itu.

damn.aku tetap akan terus mencari sesuatu dalam diri.takkan berubah walau seribu kali dipaksa.

Saturday, March 19, 2011

aku sudah rabun

oleh sebab 24/7 aku mngadap pc skang so mata aku agak rabun. ni tgh usha2 bingkai.algha frame. ade dah sebutir.

art of seeing

                   location. japan

Friday, March 18, 2011

panduan photografi


Topik : SUBJEK

1. Adakah setiap subjek berperanan dalam membantu penceritaan?

Soalan pertama ini berkait dengan topik penceritaan yang lalu.

Subjek manusia dan persekitarannya yang dirakam pada setiap gambar boleh dibahagikan kepada dua kategori; subjek utama (main subject) dan subjek pembantu (supporting subject). 

Subjek utama adalah subjek yang menjadi fokus dalam gambar kita dan seluruh penceritaan berkisar mengenainya. Walaupun lazimnya manusia menjadi subjek utama, subjek lain seperti binatang dan objek yang tidak bernyawa juga boleh dijadikan sebagai subjek utama.

Manakala subjek pembantu merupakan subjek-subjek sampingan yang dirakam bersama subjek utama. Ini termaksuklah subjek yang digunakan sebagai latar belakang dalam gambar kita. Peranan subjek pembantu ialah untuk mengukuhkan penceritaan. 

Seringkali juga subjek pembantu yang mewarnai keseluruhan penceritaan kita.

2. Adakah subjek yang dirakam itu menarik untuk dikongsikan?

Soalan kedua ini berkenaan pemilihan subjek.

Pemilihan subjek yang menarik untuk dirakamkan adalah subjektif. Subjek yang menarik kepada kita mungkin tidak menarik kepada orang lain. Walaupun begitu, saya rasa kita boleh bersetuju bahawa subjek yang sudah biasa dilihat tidak lagi dianggap menarik. Tambahan pula jika ianya dirakamkan tanpa sebarang penceritaan, sudah tentu kita akan menghasilkan gambar yang membosankan.

Saya akui memang sukar untuk mendapatkan subjek yang tidak pernah atau jarang dilihat tetapi menarik, subjek yang orang terlepas pandang tetapi istimewa. 

Itulah cabaran kita sebagai fotografer jalanan. Itulah yang membuatkan saya seronok untuk keluar setiap minggu merakam gambar.

3. Adakah kita mempunyai idea tersendiri dalam pemilihan subjek?

Soalan terakhir ini adalah mengenai daya kreativiti kita.

Selalu kita lihat apabila seseorang berjaya merakam sesuatu subjek yang menarik, ramai yang akan menuju ke tempat yang sama untuk mendapatkannya juga. Atau pun, cuba untuk mendapatkan subjek yang hampir sama di tempat lain. 

Haruskah begitu? Bukankah banyak lagi subjek lain yang menarik untuk dirakamkan? Tidak inginkah kita dikenali sebagai fotografer jalanan yang mempunyai idea tersendiri?

Mungkin ada yang bertanya, "Saya baru belajar... salahkah saya meniru?"

Hmmm... mestikah kita bermula dengan meniru?

Orang berkolek awak berkolek,
Orang mudik awak hanyut;
Orang bersolek awak bersolek,
Orang cantik awak serabut.

Sekian sahaja buat masa ini. Insya'Allah berjumpa lagi ditopik seterusnya: KOMPOSISI

Terimakasih, Chemat


dari abg chemat.orang berpengalaman dalam street photography

nabila

aku dan sesuatu.

       kata-katamu yang membuat ku ketawa dan kecewa

kesuma jiwa

nabila


aku didalam aku

aku selalu mengetengahkan soalan ini kepada semua orang. dimana kita 5 atau 10 tahun lagi?

Wednesday, March 16, 2011

ct aishah

aku didalam aku


                                               paku pakis dpetik kali
                                              hujung kaki disengat keli
                                              cari perigi yang abadi
                                              aku hilang didalam diri

aku sering diaju soalan mengenai permasalahan trendy dari segi music atau photography,berikutan kemungkinan aku kelihatan seperti seorang yang mengikuti trend atau mangsa trend itu sendiri.aku meletakkan diri aku disebuah kotak kosong la,duduk kat tepi saje,tak kesah berapa deras sesuatu trend  aku lalu kat tepi je.mujur lah ada yang judge aku melalui aku punya karya, baik dari segi penulisan,nyanyian dan photography.terima kasih kerana "melihat".
anyways,aku gembira dengan apa yang melanda.aku cuma insan yang cintakan seni. its like how much u love ur girlfrend n thats how much i love art la..yang aku betul2 minat la..

Monday, March 14, 2011

darah

                                                        my cute cute nephew.

Sunday, March 13, 2011

ARSENAL

                                             win or lose.. Arsenal's till die

aku dan sesuatu

semalam tidur palinh hangat
aku dapat melodi gemersik didalam mimpi

memang layan. terima kasih allah kerana memberi mimpi sebegitu.

melodi didalam tidurku.

Saturday, March 12, 2011

ct aishah

aku dan sesuatu.

warna-warna cinta terbiar disini..
warna cinta yang mekar..

seketika aku..jenguk ke jendela

aku didalam aku


aku sunyi.biar pun friend di facebook semakin ramai tapi aku tetap sunyi.
aku hilang bahu,aku hilang suara, aku didalam aku..

Thursday, March 10, 2011

aku dan sesuatu.

ku ingin mengerti
yang kau ku ingin ku kenali
buka hatimu..

dan ku ingin menyelami hati
dan ku ingin terus mengungkap maksudmu
dan jelas ku dibenci

ku rela diludah, ku rela dibenci..ku rela ditinggalkan...

ct aishah

Tuesday, March 8, 2011

Arsenal lost against Barca

semalam aku bergaduh di mamak..
tak tahan dibakar oleh lalang-lalang..

ditambah lagi dengan keserabutan agas.
jangan jadi bodoh sangat. semak balik.
semak betul2..ape la lu

aku didalam aku

aku masih dibelenggu kekecewaan.
2 hari ini merupakan hari yang paling struggle bagi aku
kuar duit beribu2,bejalan ke 3 buah negeri.menyelesaikan 7 masalah yang bermasalah
gangguan anak agas yang tidak mengenal diri dan sentiasa berada dalam kawalan kebodohan.

penuhkan minyak,isi peluru.
tidak dan tidak,aku didalam aku.

Monday, March 7, 2011

hehe budak-budak

im sorry,if u were right,i'd agree with u..

aku termenggu didalam rinduku

esok hariku menjungjung kamu
didalam sebuah lagu..
didalam yang sebenar

setiap hariku biarlah aku cari abadi
biarlah aku cari abadi..
biarlah aku mencari a..?

aku termenggu didalam rinduku
setelah kau hadir
yang terus mengubahi segala kelamku ini
biarlah aku cari a..?

aku didalam aku

walau sementara aku ingin undur diri..
yang terukir didadaku hanya namamu..

permainan ini hanya satu ilusi
yang terpeluk nafasku terhenti

warna-warna cinta,terbiar disini..
warna-warna cinta yang terbengkalai

seketika aku jenguk ke jendela
terus memerhati lelangit riang

Saturday, March 5, 2011

hanisah norizan

aku nak tidur

bangunkanku dari tidurku..
bangunkan aku dari lenaku..

dan bila engkau mengangis
dan aku terus tersedar..

terus terang

aku ingin kau terbang kesana
aku ingin kau terbang ke awan

bangunkan aku dari resahku..
bangunkan aku dari belenggu..

dan juga aku inginkan..
dan aku inginkan kekuatan..

terus terang..

aku ingin kau terbang ke awan..
aku ingin kau terbang ke sana..

carilah aku didalam aku

pucuk paku dalam paku,
paku datang dari seberang,
carilah aku didalam aku.
aku berlindung dalam terang

ct aishah