Friday, December 30, 2011

promot sikit

Since dah ramai viewers i nak promote sikit i punya pakej ni. mai2 murah. harga sedara mera deh.paling murah rm4000. hahahhahha!. gurau2. any question boleh call sy di 0172936896. huhu nama sy ayim. orang panggil brad pitt. huhuhu

Friday, December 16, 2011

Pemergian yang dikasihi

Kembang,itulah nama yang diberi,mcmmane boleh dpt nama kembang aku pun tak tahu,mungkin disebabkan bulu beliau yang kembang bagai disulami sutera2 dari china.

Kembang hadir ke keluarga aku dengan gaya yang paling macho dan bergaya,sewaktu ibuku berada dipasar endau,beliau secara tiba2 memasuki laci gerai maklongku yang ketika itu ibuku yang sedang menjaganya.
Ibuku terpaku termanggu menatap kucing kasihan yang memandang sayu memerlukan kasih sayang dan juga susu.Lalu ibuku makcik minah membawanya pulang kerumah menaiki prebet sapu.

Kehadiran kembang memberi kegembiraan kepada aku,akak aku dan anak sedara aku.Apa yang sepesel tentang kembang ialah beliau sama umur dengan anak sedaraku aishah yang ketika ini berusia 7 tahun yang ketika itu baru dilahirkan diatas muka bumi permai ciptaan Allah.

Ok aku nak skip cerita tentang kehidupan beliau.tetapi ape yang menarik,sejak dua tiga bulan sebelum ini. Kembang agak friendly dengan aku. aku balik rumah je terus die masuk bilik menanti aku membuat lompatan gimnastik ke atas katil. dan secara halus beliau akan landing ke atas perutku yang lebih kurang mcm body builder. aku tengok bola beliau pun tengok,aku makan beliau pun makan.tapi yang paling comel die x nk port lain,mesti nk kat perot aku.sebelum tidur memang la aku biarkan je. tapi kalau aku dah terbang jauh kedalam mimpi aku tak tahu nasib kembang mcmmane,memandangkan gaya aku tidur mengalahkan orang berkungfu.huhuhu. tetapi itulah rutinnya.

Hinggalah pada minggu yang lepas,selepas kembang sambut birthday bersama aishah.dan selepas itu aishah chow ke kuantan bersama kakakku. kembang telah dilanda demam. aku sangkakan beliau hanya berpura2 saje,tetapi melihat keadaan badan yang susut dan lemah gemalai bagai inang ditari sakti bima rajawali. Setelah diberi rawatan rapi oleh ibuku,kembang sudah kembali ceria seperti sediakala,bermain papan gelongsor dengan rakannya,tarik upih,lepak rumah orang sebelah dan sebagainya..

Dan selang beberapa hari kembang muncul memasuki rumahku melalui pintu hadapan dengan perlahan,langkahnya tersisir rapi,kurus kering dan hanya menjerit miawwwww miawww. Diberi whiskas tidak dimakan,diberi nasi tak pandang,diberi ikan rebus hanya sekadar menjeling.

Pada malam itu kembang menjerit sperti memanggil makkkk makkk dan berlari kearah ibuku dan terus melandingkan badan kesebelah ibuku disaat aku dan ibuku sedang menontong drama di astro ria. Keadaan kembang ketika itu sgt sedih,kurus kering dan basah kuyup. Aku ngak tahu dr mane beliau dtg..
Terleka aku menonton televisyen,ibuku bertanya kepadaku, "ayim,kembang mane?' lalu aku jawab dgn simple,merajuk kot masuk bilik.

Pada esok harinya,mak aku telah menyampai berita yang paling tak best.antara berita yang aku taknak dengar,antara berita yang aku akan tukar channel. ibarat tengah terbukak buletin tv3 terus cepat2 alih bukak masterchef usa.mcmtu la. Bahawasanya kembang telah kembali kepada Allah. :( beliau meninggal di rumah jiranku,iaitu rumah makcik orkid. Tanpa kusedari,air mataku menitik sambil menyuruh bondaku pergi mengambil body kembang di rumah makcik orkid.

Aku ngak mampu melihatnya,apatah membawa beliau dr rumah orkid ke belakang rumahku. Mujurlah aku mempunyai seorang ibu yang cantik,gagah,pandai memasak,tabah, untuk membawa kembang ke belakang rumah. Selain itu aku juga tidak mampu mengangkat cangkul untuk menggali bagi mengebumikan kembang,aku terlalu emosional,aku lemah satu badan,dunia terasa sepi. dan mujurlah ibuku sekali lg menjadi hero apabila berjaya mencangkul tanah tersebut.

Apa yang aku perasan,Didalam titik peluh dahi ibuku,terurai juga air matanya,dan anak matanya merah menyala menahan kesedihan api cinta Kembang. Kembang cukup bermakna buat kami sekeluarga. Tak kira saat duka sedih masalah gembira atau hari raya,pasti kembang interframe.

Sesudah pengebumian kembang,aku terasa amat kosong,luluh jantungku,aku memang kalah dengan kucing.kalah gile2 punye kalah. Tadi sebelum pegi solat jumaat. mak aku cakap. "kembang takde,macam orang takde,sunyi je rumah' :( makkkk knape mak ckp mcmtu.

Walau apapun. kembang,ur the best. i love you more than i could. akan ku jaga anakmu seperti aku menjagamu. mwahhh ingat daku dalam doamu.

Wednesday, December 7, 2011

Najib

My very good friend from pakistan.dtg dr jauh mencari rezeki di malaysia. aktiviti aku dengan beliau tiap2 petang ialah melepak sampai dengar bacaan alquran dr syeikh al ghamidi.huhu walau pun aku segan tapi terima kasih utk beliau