Saturday, March 26, 2011

Kuasa Allah

Good catch.
Location; tanjung gemok
Time;9.15 pm

aku didalam aku

mata aku rosak,semalam pergi jumpe doc. mata hitam aku lost function.

panduan photografi

Salam kawan2 semua.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit soalan-soalan asas yang perlu ditanya ketika kita merakam dan menilai gambar-gambar fotografi jalanan yang baik.

Topik 1: PENCERITAAN

1. Adakah gambar yang kita rakam menunjukkan manusia sedang berinteraksi sesama manusia atau dengan persekitarannya?

Soalan pertama ini berkait rapat dengan definisi dan tujuan fotografi jalanan. 

Definisi fotografi jalanan ialah dokumentasi visual secara spontan tentang aktiviti kehidupan seharian manusia dan persekitarannya. 

Tujuan dokumentasi adalah untuk menjadikan gambar-gambar kita sebagai bahan rujukan supaya kita dan generasi akan datang dapat melihat, memikirkan dan membincangkan nilai-nilai kehidupan masyarakat masa kini.

Perkataan yang penting dalam konteks ini adalah aktiviti. Dan cara yang menarik untuk mempamerkan aktiviti kehidupan seharian manusia ialah dengan merakam senario manusia sedang berinteraksi atau melakukan sesuatu. Sebagai bahan rujukan dan kajian juga, penceritaan begini lebih berkesan berbanding gambar yang menunjukkan manusia dalam keadaan kaku.

Lagi pula, sudah menjadi lumrah manusia suka melihat dan mengetahui bagaimana manusia lain berinteraksi sesama mereka dan persekitarannya.

2. Adakah kita berjaya merakam 'decisive moment' dalam penceritaan kita?

Soalan kedua ini adalah tentang kemahiran kita sebagai seorang fotografer jalanan.

'Decisive moment' bermaksud merakam sesuatu cerita pada kemuncaknya. Ungkapan 'decisive moment' ini dipopularkan oleh Henri cartier-Bresson, seorang fotografer jalanan tersohor di abad lepas. Menurut beliau, semua cerita ada kemuncaknya. Dan apabila rakaman dibuat pada saat itu, kita telah berjaya merangkumkan keseluruhan cerita yang ingin kita sampaikan pada sekeping gambar sahaja - apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Jadi, sebagai seorang fotografer jalanan, kita mestilah peka dan bijak meramal apa yang akan berlaku dan merakamkan 'decisive moment' ini dengan tepat.

3. Adakah gambar yang kita rakam memaparkan dengan jelas apa yang kita ingin sampaikan?

Soalan terakhir ini kebiasaannya yang menjadi masalah utama kepada kita semua. 

Seringkali kita menganggap sesiapa yang melihat gambar kita akan faham cerita yang kita cuba sampaikan. Ini kerana kita memikirkan apabila kita faham, orang lain pun akan faham juga. Tetapi harus diingat, orang lain itu tidak ada 
bersama kita ketika rakaman dibuat.

Senang saja untuk mengetahui samada orang faham atau tidak. Tunjukkan gambar kita kepada ahli keluarga atau rakan-rakan kita tanpa memberitahu apa-apa tentang gambar itu, dan tanya samada mereka faham atau tidak apa yang kita cuba sampaikan.

Saya selalunya bertanya kepada isteri dan anak-anak saya sebab mereka yang paling hampir dengan saya.

Mungkin ada juga yang berfikiran, "Peduli apa orang lain faham ke tidak gambar aku... suka hati akulah!" Hmmm susahlah begitu. 

Apabila kita mempamerkan gambar yang kita rakam kepada umum, ianya bermakna yang kita ingin berkongsi hasil karya kita dengan mereka . Jika kita tidak memikirkan tentang kefahaman mereka, bagaimana mungkin mereka boleh menghayati hasil karya kita dengan mudah.

Sekian sahaja buat masa ini dan Insya'Allah berjumpa ditopik seterusnya: SUBJEK.

Terimakasih. Chemat


dari abg chemat

Thursday, March 24, 2011

to the moon

                                    Arsene Wenger. The Boss.
aku admire gila kat die. i love him as a person. walaupun sekarang arsenal baru sahaja kehilangan 3 cup in 3 weeks aku tetap akan terus percaya dan sokong proff. biar pun ramai fans arsenal sendiri mahu mengutuk atau meminta beliau supaya resign,tapi tidak pada aku. aku akan defend proff ini any given situation.

                                      IN ARSENE WE TRUST

conceptual

                           way to hell

aku dan sesuatu.

Monday, March 21, 2011

aku didalam aku

kadang-kadang kita terdetik menyalahkan tuhan diatas perkara-perkara yang menimpa.baik dari segi masalah kerja,kawan mahunpun dalam mencari pasangan.itulah syaitan yang sering berbisik kepada hati supaya bersangka demikian. itu lah kehidupan,itulah sebab dijadikan syurga neraka.

nak cari kawan yang betul2 kawan memang susah,nak cari awek betul2 awek lagi la susah.mungkin disebabkan pemikiran aku yang berhaluan kiri ini menyukarkan semua itu.

damn.aku tetap akan terus mencari sesuatu dalam diri.takkan berubah walau seribu kali dipaksa.